muQaddimah


Wanita Syurga & Wanita Neraka, Syeikh Muhammad Ali Qutb

Posted in buku oleh Abu Hassan di 19 Oktober 2008
Tags: ,

Wanita Syurga & Wanita Neraka
Syeikh Muhammad Ali Qutb
Darul Nu’man, 1994, 147 m/s
ISBN: 983-9017-82-9

Pendahuluan

“Allah s.w.t. menjadikan perumpamaan…”

Perkataan-perkataan seperti ini selalu diulang-ulang di dalam al-Quran. Ini sudah tentu mengajak kita merenung dan berfikir tentang maksud di sebalik ungkapan-ungkapan tersebut, yang walaupun disampaikan dalam pelbagai keadaan dan waktu, juga dengna perbezaan kata-kata yang dipergunakan, tetapi tujuan yang dibawanya tidak lain kecuali untuk menyuruh berfikir dan membanding-bandingkan perumpmaan itu dengan keadaan semasa.

Ungkapan-ungkapan seperti itu seolah-olah satu peringatan agar mempergunakan kemampuan-kemampuan yang dimiliki akal dan imaginasi untuk menyusuri sedalam-dalamnya hikmah yang dikandung oleh al-Quran. Lautan ilmu dan hikmah tersebut perlu direnungi hingga menjadi ilham yang mengisi jiwa dan rohani. Ungkapan-ungkapan itu terkadang disampaikan dengan cara yang sangat menakutkan. Demikian ia meletakkan tolok ukur bagi mengatur hidup manusia dengan adil dan teratur.

Itulah alat memberi peringatan supaya berfikir dan merenung!

Apabila pintu akal terkunci rapat-rapat atau tertutup oleh tipudaya dan was-was syaitan, atau terperangkap ke dalam suasana penuh emosi yang selalu timbul akibat keegoan dan sikap mementingkan diri sendiri, maka keadaan kemanusiaannya akan lemah atau gagal daripada kawalan akal sihat dan sering terdorong berbuat perkara-perkara yang diluar kewarasan.

Al-Quran telah menegemukakan bermacam-macam perumpamaan adalah untuk menjelaskan kebenaran mutlak, teori perbandingan atau kaedah logika. Perumpamaan-perumpamaan tersebut akan terus berada dalam pengertian yang dikandung oleh ungkapannya selama tidak ada faktor yang mengendaki perubahannya. Faktor ini akan mendekatkan yang jauh, menyinari jalan, mengalihkan halangan, memberi motivasi dan menguatkan makna yang umum dengan bentuk yang khusus.

Dengan adanya unsur-unsur tersebut, maka pembaca yang haus ilmu akan segera terpenuh keperluannya sehingga tingkat keyakinan dan keimanannya terus bertambah. Sementara pembaca yang sedang diliputi kebingungan akan hilang kesangsian dan keraguannya, berubah menjadi manusia yang memiliki kekuatan hati serta ketenteraman jiwa.

Sementara orang yang menjauhkan diri dari iman tetapi berjinak-jinak dengan kekafiran, wajar jika mereka mempersoalkan kenyataan ini, mereka akan bertanya: “Untuk apa Allah memberi perumpamaan ini?”

Orang-orang yang seperti ini memang tidak ada gunanya diberi perumpamaan, nasihat atau hikmah kerana mereka telah menjadi rakan kongsi syaitan yang hanya bersedia berbuat sesuatu yang ada di dalam ruang lingkup kejahilan dan kesesatan. Malah mereka enggan mendengar sebarang nasihat dengan menampakkan sifat angkuh dan kesombongan yang berlebihan.

Lebih daripada itu, rakan kongsi syaitan ini tidak sahaja menolak kebenaran dan kewarasan dengan sikap angkuh dan sombong, bahkan mereka bersedia mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Mereka mengejek dan mempermain-mainkan orang-orang beriman seolah-olah mereka memiliki kebolehan untuk menyelesaikan segala persoalan, padahal mereka sedang bergelumang dalam kejahilan dan kesesatan.

Ayat-ayat al-Quran sentiasa berkumandang tidak kira siang ataupun malam di seluruh dunia;

Sesungguhnya Allah tidak merasa malu memberi perumpamaan dengan seekor nyamuk atau lebih kecil daripada itu.” [Surah al-Baqarah 2:26]

Ulama-ulama tafsir beroleh karunia dengan pemahaman yang baik tentang kandungan ayat-ayat al-Quran. Jasa dan usaha mereka telah menjadi sumbangan besar kepada memahami hikmah serta kandungan ayat al-Quran yang kita baca setiap hari.

Sebahagian ulama-ulama tafsir tersebut ada yang mengambil jalan pengkhususan untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran yang membawa perumpamaan-perumpamaan. Hasil usaha mereka yang diterbitkan dalam bentuk buku telah melengkapkan khazanah keilmuan yang sangat berharga dan ikut dalam senarai buku-buku yang ada di perpustakaan-perpustakaan umat Islam.

Apa yang kami mahu bincangkan di dalam buku kecil ini tidak akan melampaui atau melebihi apa yang sudah dibincangkan dan dianalisa oleh ulama-ulama tafsir pada zaman dahulu. Dan, lebih-lebih lagi berkenaan perumpamaan-perumpamaan yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran, khususnya tentang isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s serta Asiyah isteri Firaun dan Maryam binti Imran, sebagai contoh wanita kafir dan wanita Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada Asiyah dan Maryam a.s.

Apabila kita memandang ke dalam tubuh umat Islam, kita dapati jurang yang begitu besar antara keadaan umat Islam dengan tuntutan Islam. Islam yang membawa ajaran suci, mulai dari akidah, syariat dan akhlak berada dipuncak kemuliaan; sedangkan umat Islam masih terbenam jauh di bawah lumpur kejahilan. Tuntutan-tuntutan agama suci kita hendaklah kira realisasikan dalam kehidupan nyata, iaitu menjadi cara hidup yang diamalkan sepanjang masa.

Kita menyedari sepenuhnya, bahawa setiap wanita Muslimah, baik sebagai seorang gadis, seorang isteri, atau sudah menjadi ibu, mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar bagi merealisasikan ajaran Islam dalam kehidupan umat. Usaha dan pengorbanan mereka sungguh besar untuk membina generasi muda yang berjiwa Islam.

Untuk membentu generasi muda yang berjiwa Islam serta berorientasikan pada ajaran-ajarannya harus lebih dahulu melahirkan calon-calon ibu yang mempunyai kemampuan yang dikehendaki Islam, mampu memberi pendidikan serta keteladanan kepada anak-anaknya. Maka untuk melahirkan calon-calon ibu seperti itulah, maka kami berusaha sedaya upaya untuk menulis buku yang berkenaan dengan topik ini dan salah satu daripadanya ialah buku yang sedang anda pegang sekarang ini.

Selain itu, buku ini juga kami maksudkan untuk menyeru kaum muslimin supaya membentengi diri daripada serangan pemikiran, kejiwaan dan kemasyarakatan yang berusaha menarik ke jalan yang keji, gelap dan menyesatkan.

Seruan yang sama juga kutujukan kepada isteriku, keluarga dan kerabatku. Seruan ini lahir dari hati yang ikhlas semata-mata untuk melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai seorang Muslim. Semoga Allah menunjuki ke jalan yang benar, terjauh daripada angkara fitnah dan hawa nafsu yang membiasakan dunia dan akhirat kita.

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” [Al-Kahfi 18:29]

Maha Benarlah Allah Yang Maha Agung!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: