muQaddimah


Islam Masa Kini, S. Abul A’la Maududi

Posted in buku,fikrah,Islam,Maududi,realiti oleh Abu Hassan di 4 April 2007

Islam Masa Kini, S. Abul Ala Maududi, A.S Noordeen, Kuala Lumpur

Saya berhasrat untuk mengajak saudara bersama-sama melihat beberapa penelitian saya terhadap “Islam masa kini”. Sebelum meneruskan pengupasan terhadap perkara yang hendak dibincangkan, saya rasa perlu untuk menyentuh tentang kepentingan dan ruang lingkupnya; mengtakrifkan sesuatu yang benar-benar mempunyai kaitan dengannya dan menunjukkan apa-apa yang di luar lingkungannya.

BENTUK PERMASALAHAN

Dalam istilah Bahasa Inggeris, yakni rangkaikata yang difahami di Barat, “Islam Masa Kini” diertikan sama dengan orang-orang Muslim hari ini. Kebanyakan orang-orang bukan Islam di Barat beranggapan bahawa “Islam” dan “orang-orang Islam” adalah serupa dan kedua-dua istilah itu saling boleh bertukar ganti. Mereka menggunakan perkataan “Islam” di tempat yang sepatutnya digunakan perkataan “orang-orang Islam” dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu kita mestilah jelas dari awal-awal lagi bahawan “Islam Masa Kini” tidaklah mencerminkan keadaan semasa (sebenar) Umat Islam. Ianya juga tidak bererti Islam di masa ini, kerana Islam adalah kebenaran yang kekal abadi yang tidak akan berubah mengikut peredaran amsa, maka kerana itu ia tidak boleh berbeza dalam mana-mana zaman atau pada mana-mana jangka masa. Contohnya, hakikat bahawa alam ini mempunyai Satu Pencipta serta Penguasa yang tidak berkongsi kekuasaanNya adalah suatu kebenaran beribu-ribu juta tahun yang lampau sama seperti ianya benar pada hari nii, dan juga ianya tetap benar pada satu juta tahun yang akan datang. Begitu juga ia adalah suatu kebenaran Ilahiah bahawa kewajibapn setiap makhluk Allah di alam ini aialah menyembah dan mentaati Allah. Peredaran masa tidak ada pengaruh ke atas kebenaran mutlak ini. Realiti tidak dipengaruhi oleh ruang dan masa: ianya abadi dan tidak boleh berubah. Kerana itu masa yang lalu, kini dan akan datang, semalam, hari ini dan besok merupakan konsep yang tidak ada kaitan dengan Islam – satu jelmaan kebenaran Rabbani. Dari itu kita merasakan ada dua kemungkinan mengenai pengertian tajuk perbincangan kita ini.

  • Pertama: Bagaimanakah tindakan orang-orang Islam terhadap Islam masa kini? Apakah sikap orang-orang Islam hari ini terhadap Islam? Sejauh manakah kehidupan mereka ditentukan atau dipengaruhi oleh Islam?
  • Kedua: Adakah mungkin bagi dunia hari ini mengambil atau mengamalkan Islam? Jika demikian, bagaimana? Atau barangkali, pentafsiran yang lebih tepat mengenai tajuk perbincangan ini aialah: ADAKAH ISLAM KESELURUHANNYA BOLEH DIPRAKTIKKAN HARI INI?

Dalam lingkungan dua persoalan di atas inilah saya akan membincangkan perkara ini satu persatu.

Mengenai persoalan pertama, yakni sikap orang-orang Islam kini terhadap Islam, keyakinan mereka terhadap Iman dan pengaruh Iman dalam kehidupan mereka – kita mestilah melihat sepintas lalu sejarah silam Islam. Keadaan kita pada hari ini lahir dari keadaan kita pada masa silam, dan begitu juga masa depan kita akan muncul atau lahir bertolak daripada keadaan kita hari ini dan dipengaruhi oleh keadaan kini. Jadi untuk mempelajari dan menganalisa sikap orang-orang Muslim terhadap Islam, kita mestilah mengetahui sikap mereka terhadapnya pada masa lepas. Kita boleh mencari sebab-sebab sejarah tentang sikap dan kelakuan kita pada masa lalu dan menentukan kemungkinan sikap kita terhadapnya (Islam) pada masa akan datang.

Satu tinjauan melalui kacamata ini akan memperlihatkan bahawa orang-orang Islam telah melalui tiga tahap besar sejarah dan sekarang mereka sedang berada di tahap keempat.

About these ads

3 Respons to 'Islam Masa Kini, S. Abul A’la Maududi'

Subscribe to comments with RSS atau TrackBack to 'Islam Masa Kini, S. Abul A’la Maududi'.

  1. khalid said,

    MANTAP

  2. hakimi14 said,

    wahai pemuda2 islam!!! bangkitlah dari kealpaan..sedarlah..islam masa kini umpama satu tin kosong yang berkarat…wahai pemuda2 islam!! marilah kita perbaharui islam, kita bersihkan pandangan org kafir terhadap islam, islam itu agama yang sejahtera, islam itu syumul, islam itu kehidupan kita. wahai pemuda2 islam!! adakah kamu mengira bahawa Allah menciptakan kamu dgn sia2??? apakah kamu mengira Allah mengurniakan kamu kebijaksanaana hanya utk sia2?? apakah kamu mengira bhwa Allah kurniakan kamu kekuatan hny utk sia?? sesungguhnya wahai pemuda2 islam, itu semua just for Allah….

  3. MUNAWAROH said,

    ALLAHU AKBAR………………………
    ALLAH MAHA BESAR.
    SUNGGUH BESAR KENIKMATAN ALLAH
    ALHAMDULILLAAAAHHH…………………


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: