muQaddimah


Wanita Syurga & Wanita Neraka, Syeikh Muhammad Ali Qutb

Posted in buku oleh Abu Hassan di 19 Oktober 2008
Tags: ,

Wanita Syurga & Wanita Neraka
Syeikh Muhammad Ali Qutb
Darul Nu’man, 1994, 147 m/s
ISBN: 983-9017-82-9

Pendahuluan

“Allah s.w.t. menjadikan perumpamaan…”

Perkataan-perkataan seperti ini selalu diulang-ulang di dalam al-Quran. Ini sudah tentu mengajak kita merenung dan berfikir tentang maksud di sebalik ungkapan-ungkapan tersebut, yang walaupun disampaikan dalam pelbagai keadaan dan waktu, juga dengna perbezaan kata-kata yang dipergunakan, tetapi tujuan yang dibawanya tidak lain kecuali untuk menyuruh berfikir dan membanding-bandingkan perumpmaan itu dengan keadaan semasa.

Ungkapan-ungkapan seperti itu seolah-olah satu peringatan agar mempergunakan kemampuan-kemampuan yang dimiliki akal dan imaginasi untuk menyusuri sedalam-dalamnya hikmah yang dikandung oleh al-Quran. Lautan ilmu dan hikmah tersebut perlu direnungi hingga menjadi ilham yang mengisi jiwa dan rohani. Ungkapan-ungkapan itu terkadang disampaikan dengan cara yang sangat menakutkan. Demikian ia meletakkan tolok ukur bagi mengatur hidup manusia dengan adil dan teratur.

Itulah alat memberi peringatan supaya berfikir dan merenung!

Apabila pintu akal terkunci rapat-rapat atau tertutup oleh tipudaya dan was-was syaitan, atau terperangkap ke dalam suasana penuh emosi yang selalu timbul akibat keegoan dan sikap mementingkan diri sendiri, maka keadaan kemanusiaannya akan lemah atau gagal daripada kawalan akal sihat dan sering terdorong berbuat perkara-perkara yang diluar kewarasan.

Al-Quran telah menegemukakan bermacam-macam perumpamaan adalah untuk menjelaskan kebenaran mutlak, teori perbandingan atau kaedah logika. Perumpamaan-perumpamaan tersebut akan terus berada dalam pengertian yang dikandung oleh ungkapannya selama tidak ada faktor yang mengendaki perubahannya. Faktor ini akan mendekatkan yang jauh, menyinari jalan, mengalihkan halangan, memberi motivasi dan menguatkan makna yang umum dengan bentuk yang khusus.

Dengan adanya unsur-unsur tersebut, maka pembaca yang haus ilmu akan segera terpenuh keperluannya sehingga tingkat keyakinan dan keimanannya terus bertambah. Sementara pembaca yang sedang diliputi kebingungan akan hilang kesangsian dan keraguannya, berubah menjadi manusia yang memiliki kekuatan hati serta ketenteraman jiwa.

Sementara orang yang menjauhkan diri dari iman tetapi berjinak-jinak dengan kekafiran, wajar jika mereka mempersoalkan kenyataan ini, mereka akan bertanya: “Untuk apa Allah memberi perumpamaan ini?”

Orang-orang yang seperti ini memang tidak ada gunanya diberi perumpamaan, nasihat atau hikmah kerana mereka telah menjadi rakan kongsi syaitan yang hanya bersedia berbuat sesuatu yang ada di dalam ruang lingkup kejahilan dan kesesatan. Malah mereka enggan mendengar sebarang nasihat dengan menampakkan sifat angkuh dan kesombongan yang berlebihan.

Lebih daripada itu, rakan kongsi syaitan ini tidak sahaja menolak kebenaran dan kewarasan dengan sikap angkuh dan sombong, bahkan mereka bersedia mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan. Mereka mengejek dan mempermain-mainkan orang-orang beriman seolah-olah mereka memiliki kebolehan untuk menyelesaikan segala persoalan, padahal mereka sedang bergelumang dalam kejahilan dan kesesatan.

Ayat-ayat al-Quran sentiasa berkumandang tidak kira siang ataupun malam di seluruh dunia;

Sesungguhnya Allah tidak merasa malu memberi perumpamaan dengan seekor nyamuk atau lebih kecil daripada itu.” [Surah al-Baqarah 2:26]

Ulama-ulama tafsir beroleh karunia dengan pemahaman yang baik tentang kandungan ayat-ayat al-Quran. Jasa dan usaha mereka telah menjadi sumbangan besar kepada memahami hikmah serta kandungan ayat al-Quran yang kita baca setiap hari.

Sebahagian ulama-ulama tafsir tersebut ada yang mengambil jalan pengkhususan untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran yang membawa perumpamaan-perumpamaan. Hasil usaha mereka yang diterbitkan dalam bentuk buku telah melengkapkan khazanah keilmuan yang sangat berharga dan ikut dalam senarai buku-buku yang ada di perpustakaan-perpustakaan umat Islam.

Apa yang kami mahu bincangkan di dalam buku kecil ini tidak akan melampaui atau melebihi apa yang sudah dibincangkan dan dianalisa oleh ulama-ulama tafsir pada zaman dahulu. Dan, lebih-lebih lagi berkenaan perumpamaan-perumpamaan yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran, khususnya tentang isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s serta Asiyah isteri Firaun dan Maryam binti Imran, sebagai contoh wanita kafir dan wanita Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada Asiyah dan Maryam a.s.

Apabila kita memandang ke dalam tubuh umat Islam, kita dapati jurang yang begitu besar antara keadaan umat Islam dengan tuntutan Islam. Islam yang membawa ajaran suci, mulai dari akidah, syariat dan akhlak berada dipuncak kemuliaan; sedangkan umat Islam masih terbenam jauh di bawah lumpur kejahilan. Tuntutan-tuntutan agama suci kita hendaklah kira realisasikan dalam kehidupan nyata, iaitu menjadi cara hidup yang diamalkan sepanjang masa.

Kita menyedari sepenuhnya, bahawa setiap wanita Muslimah, baik sebagai seorang gadis, seorang isteri, atau sudah menjadi ibu, mempunyai tugas dan tanggungjawab yang amat besar bagi merealisasikan ajaran Islam dalam kehidupan umat. Usaha dan pengorbanan mereka sungguh besar untuk membina generasi muda yang berjiwa Islam.

Untuk membentu generasi muda yang berjiwa Islam serta berorientasikan pada ajaran-ajarannya harus lebih dahulu melahirkan calon-calon ibu yang mempunyai kemampuan yang dikehendaki Islam, mampu memberi pendidikan serta keteladanan kepada anak-anaknya. Maka untuk melahirkan calon-calon ibu seperti itulah, maka kami berusaha sedaya upaya untuk menulis buku yang berkenaan dengan topik ini dan salah satu daripadanya ialah buku yang sedang anda pegang sekarang ini.

Selain itu, buku ini juga kami maksudkan untuk menyeru kaum muslimin supaya membentengi diri daripada serangan pemikiran, kejiwaan dan kemasyarakatan yang berusaha menarik ke jalan yang keji, gelap dan menyesatkan.

Seruan yang sama juga kutujukan kepada isteriku, keluarga dan kerabatku. Seruan ini lahir dari hati yang ikhlas semata-mata untuk melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai seorang Muslim. Semoga Allah menunjuki ke jalan yang benar, terjauh daripada angkara fitnah dan hawa nafsu yang membiasakan dunia dan akhirat kita.

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.” Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” [Al-Kahfi 18:29]

Maha Benarlah Allah Yang Maha Agung!

Berubah Kepada Kehidupan Baru, Dr Muhammad Al-Ghazali

Posted in buku,Islam,motivasi,Muhammad al-Ghazali,tajdid oleh Abu Hassan di 29 April 2008

Berubah kepada kehidupan baru
Dr Muhammad Al-Ghazali
Judul Asal: Jaddid Hayatak
Cresent News (KL) Sdn Bhd, 2004, 323 m/s
ISBN: 983-061-277-5
MUKADDIMAH

Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyelami sifat utama dalam Islam yang membuktikan bahawa ianya adalah agama fitrah.

Ajaran-ajaran Islam yang meliputi segala aspek kehidupan itu sangat selaras dengan naluri yang lurus dan fikiran yang benar. Pengarahan-pengarahannya yang tersebar pada doktrin-doktrin asasnya adalah saluran yang amat tepat bagi orang-orang yang mencari ketenagan jiwa.

Kami telah lama tertarik dengan beberapa persamaan antara ajaran-ajaran Islam yang murni dan hasil-hasil pemikiran para filosofi, baik di bidang kejiwaan, sosial mahupun politik. Ini menunjukkan adanya penyatuan antara ‘wahyu tajribah’ (hasil eksperimen) dan ‘wahyu samawi‘ (ajaran dari langit).

Sebagaimana samanya jawapan dua orang terhadap satu soalan yang sama, maka demikian pula persamaan antara logik sifat manusia yang baik yang sentiasa cenderung kepada perbuatan baik dengan logik ayat-ayat samawi yang memandu manusia ke jalan yang lurus.

‘Fitrah’ bermaksud pengertian yang baik. Oleh itu, setiap aib yang mengikuti [lahir daripada] pembawaan (tabiat), tidak boleh dianggap berasal daripadanya [fitrah] dan tidak boleh pula menyalahkannya.

Ambil contoh tentang janin, sepatutnya janin keluar dari rahim ibunya dalam keadaan sempurna anggota dan pancainderanya. Namun, apabila bayi itu lahir dalam keadaan buta akibat penyakit salah seorang daripada orang tuanya, maka kebutaan ini adalah sesuatu yang menyalahi fitrah.

Setiap gangguan yang menghalangi kebesaran dan keindahan fitrah, maka ia menyalahi aturan, yang sepatutnya dihancurkan dan dibinasakan, bukan sekadar diketahui kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Telah banyak berlaku di dunia ini orang-orang yang menelanjangkan tubuh dan jiwa dari pakaian taqwa dan sifat-sifat utama dengan laungan bahawa mereka kembali kepada fitrah.

Namun sebenarnya, mereka adalah ibarat hama-hama yang merosakkan tanaman dan mendatangkan penyakit. Dengan kata lain, mereka itu sebenarnya sangat berbahaya bagi watak yang baik dan fitrah yang sihat.

Dengan fitrahnya, manusia mengetahui hakikat halal dan haram, kerana yang halal dan yang haram itu sudah jelas. Tetapi pengetahuan ini tidak berguna apabila kita tidak menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram, serta tidak tetap pada batas-batas yang membezakan antara keutamaan dan kehinaan, juga antara keadilan dan permusuhan.

Sesungguhnya sebahagian besar manusia masih jauh daripada Islam, kerana tidak mengerti ajaran-ajarannya serta tidak pula berusaha untuk mencari jalan dan mengharap petunjuk daripada-Nya.

Islam adalah agama fitrah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ajaran-ajarannya jelas dan keindahannya nyata.

(more…)

Ayyuhal Walad, Imam Al-Ghazali

Posted in buku,Imam Ghazali,Islam,nasihat/tazkirah oleh Abu Hassan di 4 Jun 2007

Ayyuhal Walad, Wahai Anakku Yang Tercinta
Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali
Khazanah Banjariah, 2005, 84 m/s

Muqaddimah Nasihat

Wahai Anakku yang tercinta dan kekasih yang mulia, semoga Allah taala memanjangkan umurmu dalam berbuat taat kepadaNya dan semoga Allah taala memudahkan bagimu mengikuti jalan para kekasihNya.

Ketahuilah olehmu bahawasanya apa jua cabang nasihat itu adalah berasal daripada sumber kenabian (maksudnya Hadis Rasulullah saw.) Oleh kerana itu, apabila telah sampai kepadamu suatu nasihat yang berpunca daripada sumber ini, maka apa perlunya lagi engkau kepada nasihat saya. Dan apabila masih belum sampai kepadamu suatu nasihat daripada sumber ini, maka sebenarnya ilmu apa yang telah engkau pelajari selama ini?

Kenapa Takut Pada Islam, Dr. Mohammad Na’im Yasin

Kenapa Takut Pada Islam,
Dr Mohammad Na’im Yasin
Gema Insani Press, Jakarta, 1988, 66 m/s

Segala puji bagi Allah yang telah menimbulkan rasa takut dan gentar dalam hati orang kafir, dan telah menurunkan ketenangan di hati para Rasul dan kaum Mukmin.

Puji dan syukur kami panjatkan kehadirat Engkau. Hanya Engkau penolong kami, memberi ampun dan mencurahkan rahmat dan hidayah. Ya Allah tolonglah kami melawan kaum tiran yang telah menginjak kalimatMu, dan mencampakkan aturanMu. Kami berlindung kepada Engkau dari kejahatan nafsu dan dari keburukan tingkah laku, kerana hanya Engkau yang berkuasa membolak-balik dan mengausai semua hati. Siapa yang Engkau sesatkan tiada yang akan mampu memberi hidayah, dan yang ada dalam lindunganMu takkan ada yang mampu mengalahkan, yang Kau hina tiada mungkin manusia mampu memuliakannya. Maha suci Engkau!

Selawat dan salam semoga tercurah pada kekasihMu, Rasulullah saw, ahlul bait suci yang telah dibersihkanNya, para sahabat Rasul yang mulia, dan kepada Umat Islam yang setia meneruskan risalah dan ajaran melalui RasulMu, dari bangsa apapun dan golongan manapun.

Keperluan akan adanya suatu perubahan

Saudara-saudaraku yang budiman!

Kita umat Islam sangat memerlukan suatu perubahan total yang mampu mengubah sistem yang telah ada menjadi sistem Islami. Umat Islam diseluruh dunia dijerat sistem jahiliyah yang setiap saat siap menghancurkan Islam, tanpa kita sedari. Sistem politik, sosial, ekonomi, pertahanan, keamanan dan sebagainya telah dikuasai musuh-musuh Islam, termasuk bidang komunikasi yang dapat melancarkan misi mereka. Apakah engkau masih ragu dengan kenyataan ini? Apakah engkau masih dapat nyenyak tidur sementara mereka selalu siap menerkam untuk memusnahkanmu? Kami tidak perlu membentangkan rencana kerja dan hasil yang telah mereka capai. Kerana bagi setiap umat Islam yang senantiasa berpegang pada petunjukNya, akan cepat menyedari betapa kita telah lalai sehingga terlelap dalam sistem sekuler dan kita harus bangkit untuk mengejar ketinggalan dan kelemahan kita. Sudahkah terfikir olehmu, sampai sejauh mana kita diseret dan ditendang dalam lembah kehinaan. Tak terlihat nyata namun ada, kerana terbungkus rapi, berlindung di sebalik masalah sosial dan kemanusiaan. Mereka dengungkan kebebasan kaum wanita sedarjat dengan kaum pria, demi terciptanya suatu keadilan dan tercapainya persamaan dalam menikmati pembangunan. Di sebalik itu, kamu lihat mereka menyeringai gembira, cita-citanya tercapai, berhasil melahirkan kaum wanita yang tidak punya rasa malu, dan hanya mampu melahirkan generasi pemuda Islam yang tiada mengerti hak dan kewajipannya. Relakah kita mengabdikan hidup pada manusia, dan tersungkur di bawah telapak kakinya? Kita harus merubah semuanya kalau tidak ingin semakin hanyut lalu akhirnya tenggelam. Demi Allah, kita harus merubah segalanya.

Inilah kenyataan yang tidak dapat kita bantah dan pertikai, kecuali oleh segolongan umat yang telah rosak oleh zaman, dan telah dibuai janji kosong, yang telah merasakan nikmat di atas mayat umat yang telah hancur berantakan.
(more…)

Islam dan Tenaga-Tenaga yang Terbiar (Dipersia-siakan), Muhammad al-Ghazali

Posted in buku,fikrah,Islam,Muhammad al-Ghazali,realiti,tajdid,tamadun oleh Abu Hassan di 12 April 2007

Islam dan Tenaga-Tenaga yang Terbiar (Dipersia-siakan)
Muhammad al-Ghazali
Siri Penerbitan Yayasan Islam Terengganu (42), 1986, 228 muka surat

Dalam buku ini, sidang pembaca budiman akan dapati perbandingan antara agama yang benar dengan realiti ummah…

Dalam membuat penguraiannya, saya berpegang kepada apa yang termaklum dari prinsip-prinsip Islam dan apa pula yang biasa diketahui dari kehidupan penganut-penganutnya.

Sidang pembaca budiman akan dapata betapa luasnya jurang di antara apa yang sewajarnya wujud dengan realiti yang dapat disaksi.

Anda akan ketahui dengan jelasnya sebab-sebab bagi perbezaan itu sebagaimana yang ternampak kepada saya – selepas mengkaji sejarah dan menganalisa perkembangan-perkembangannya.

Seandainya telah menjadi kebiasaan saya tidak cenderung menceritakan kisah-kisah dan membilang-bilangkan periswita, maka kejelasan realiti sudah memadai untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar.

Yang demikian itu bukan sahaja jelas di fikiran saya seoarng, malahan adalah jelas dipandang oleh ramai para pendidik di bidang hal-ehwal keislaman.

Sesungguhnya kita umat Islam adalah suatu umat yang mempunyai tunjang yang teguh.

Selama masa sepuluh abad kita berada dalam keadaan teguh dan stabil di alam maya ini dan misi atau risalah yang kita jalankan amat masyhur.

Dalam abad-abad yang tersebut, keadaan kecemerlangannya tidaklah sama… malahan dalam abad-abad yang terakhir telah menjadi seolah-oleh seperti sumbu pelita yang kehabisan minyak. Ia berkelip lemah bila ditiup angin dan terus padam bila angin bertambah kencang.

Kedatangan abad-abad yang terakhir itu dalam masa pihak musuh sedang menunggu-nunggu hendak menerkam ke atas umat Islam dan semasa itu pihak pertahanan Islam dalam kelalaian; lalu menimpalah ke atas umat Islam itu malapataka yang bukan alang kepalang besarnya.

Akan tetapi, mujurlah umat Islam dilengkapkan dengan sebuat agama yang sukar dilenyapkan. Ia mempunyai potensi menghidup balik semangat yang luntur dan menguat balik tenaga yang lumpuh.

Sejak 70 tahun yang lalu, ia berehat menantikan penyakitnya betah dan dari semasa ke semasa kesihatannya beransur pulih.

Sekarang, hampir-hampir kekuatannya itu telah pulih seperti sediakala untuk meneruskan tugas dalam penyampaian risalahnya yang mula.

Semoga dengan taufik dan inayah Allah s.w.t. cita-citanya itu akan tercapai.

Umat Islam kita yang berkembang luas di permukaan bumi ini dengan limpah kurnia Tuhan memiliki sumber-sumber alam yang tidak ternilai harganya.

Sekarang kemakmuran dan kemelesetan alam seluruhnya terletak dalam genggamannya.

Kita dapat berkata dengan penuh keyakinan, sekiranya umat Islam tahu menggunakan apa yang dimilikinya itu dengan bijaksana, sudah tentu seluruh umat lain akan menumpukan harapan kepadanya sedangkan ia tidak berhajat kepada bantuan siapa-siapa. Urat nadi ekonomi kelima-lima buah benua dalam dunia ini bermula dari kita dan berakhir kepada kita.

Di samping itu, kekayaan di bidan adabi dan moral adalah melebihi kekayaan kita di bidang materi atau materi. Tidakkah kita umat yang memikul risalah Islam? Risalah kebenaran dan kebajikan yang dengannya wajah alam wujud ini berseri, akal pemikiran bersinar dan hati nurani menjadi murni? Segenap bangsa tak kira warna kulit dan bahasa sejah lama lagi telah menghirup udaranya dan memakan pemakanannya sehingga mereka menjadi begitu kuat dan melayakkan mereka menduduki tempat yang tinggi di bidang kepimpinan dalam jangkamasa yang bukannya pendek..

Mereka akhirnya mengabaikan kewajipan mereka yang digariskan oleh agamanya maka terimalah mereka saat kejatuhan!

Mereka menyedari sebab-sebab kejatuhan itu selepas mengalami berbagai-bagai malapetaka lalu terjaga dari kelalaiannya itu!

Bangkit mereka daripada kejatuhan itu tetapi mereka melihat alam sekelilingnya telah mengalami perubahan yang menyeluruh.

Perubahan inilah yang memerlukan kajian dan renungan.

Segala apa yang berlaku ke atas mereka daripada kejatuhan selepas meningkat naik, kebekuan selepas bergerak laju, bukanlah berlaku secara serampangan, malahan semuanya itu ada dengan illat-illatnya yang terpendam. Ini juga memerluka renungan dan kajian.

Dalam buku yang ringkas ini, kita cuba membentangkan beberapa sudut realiti yang menyedihkan dan membandingkannya dengan sasaran-sasaran yang ditetapkan Islam yang dengannya ia menerangi ideal-ideal tertinggi di hadapan penganut-penganutnya sambil kita membuat pertanyaan: Apakah sebab-sebab kemalapan dan kemunduran ini?

Kita akan melihat bahawa kita sahaja di sebalik ketewasan ini yang tertanya-tanya seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin selepas peperangan Uhud; lalu dikatakan kepada mereka:

“Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud) padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (dalam peperangan Badar) kamu bertanya: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini.?” Katakanlah: “Ini dari (kesalahan) dirimu sendiri.”  

Surah Ali-Imran:120

Banyak bangsa-bangsa dunia pada masa ini telah berjaya menerawang angkasa lepas setelah mencapai kejayaan di muka bumi, sedangkan kita umat Islam – selepas nyenyak tidur mula membuka mata  untuk melihat tempat di manakah patut diletakkan kaki di atas jalan yang sebegitu panjang…!!

Apakah sebab kebekuan umat ini? Dan bagaimanakah caranya ia akan melangkah mara? Di atas siapa terletaknya beban tanggungjawab itu? Dan apakah nilai-nilai warisan kerohanian dan pemikirannya? Adakah ia merupakan suatu rintangan yang seharusnya dibuang atau disingkirkan? Ataupun ia menjadi sumber tenaga bagi suatu kehidupan yang segar bugar yang wajib disuburkan? Jawapan kepada soalan-soalan tersebut dapat di baca dalam buku ini secara ringkas.

Muhammad al-Ghazali

Mengintip Syurga dan Neraka, Ibn Kathir

Posted in akidah,buku,Ibn Kathir,iman oleh Abu Hassan di 11 April 2007

Mengintip Syurga dan Neraka, Ibnu Kathir, H.I. Press, 1994

Syurga dan neraka merupakan saksi hidup seseorang (jin and manusia). Semua manusia mengetahui bagaimana agar selamat sejak di dunia fana dan memperoleh kenikmatan syurga.

Meskipun manusia mempunyai kecondongan untuk berbuat kejahatan atau dosa, namun sesungguhnya ia ingin keselamatan dan ambisi bertaubat agar mendapakan rahmat Allah swt.

Dengan do’a, dan amal salihlah kami mohon kepada Allah yang Maha Pencipta agar kami digolongkan ke dalam kaum yang beruntung.

Tidaklah diragukan lagi bahawa pendapat tentang kewujudan syurga dan neraka akan menumbuhkan ghairah, keinginan kita untuk menjadi Ahlil Yamin (Golongan Kanan). Telah banyak ayat Al-Quran, hadis Nabi SAW serta beberapa riwayat yang membahas tentang Syurga dan Neraka secara berkesinambungan dan seimbang antara motivasi dan intimidasi (rangsangan dan peringatan).

Buku “Akhbaarul Jannah wan Naar” ini mengingatkan kita ke jalan lurus seperti yang dilukiskan oleh al-Quranul Karim agar tercapai keredhaan Allah untuk kita tetap tekuni dan pada masa yang sama menjauhi jejak perjalanan orang-orang yang sesat. Kemudian kita perhatikan sederetan ayat, hadis dan riwayat mengenai situasi Syurga dan Neraka agara tercapai gambaran pemikiran pada batas maksima.

Dalam penulisan kitab ini, penulis sangat mengutamakan pedoman dari sumber yang utama yakni “Tafsir Al-Quranul Karim” kayra al Hafidh Ibnu Kathir. Menurutku, tafsir tersebut terdapat pengetahuan yang amat luas disamping mencakup beberapa pendapat perawi dan penafsir khususnya Imam Thobari serta Ibnu Kathir rasanya cukup relevan dengan pendapat lain. Sehingga saya pilih juga pokok bahasannya dari kitab tebal oleh Ibnu Kathir dengan berpedoman pada: Keikutasertaan jejak yang dipakai oleh Ibnu Kathir atas ayat-ayat dan hadis serta pendapat para terdahulu tanpa menambah dan mengurangi, kecuali dengan kalimat yang erat hubunganny adengan permasalahan, untuk mentahqiq daun pokok fikiran yang selaras dengan urutan yang digunakan dalam kitab ini.

Sedang untuk memasukkan kalimat, kami letakkan dalam kurung ( ) begitu juga mengenai kalimat yang bukan bersumber dari Al-Quran.

Adapun mengenai urutan pokok fikiran serta perletakan sub judul disesuaikan dan diatus sedemikan rupa untuk mempermudah bagi pembaca. Kami usahakan agar penamaan kitab “Akhbarul Jannah wan Naar” ini sesuai dengan isi yang terkandung di dalamnya. Kadang dengan terpaksa dalam penjelasan ayat kami menghilangkan sebahagian penafsiran dan pendapat yang lain agar kita sering terulang khususnya huruf ‘an an’ yang terdapat pada pendahuluan hadis Nabi, cukuplah kami sebukan nama perawi dan sanad awal sahaja.

Untuk tafsir al Quranul Adhim, kami pilih percetakan Kitab asy-Say’by,s edangkan dalam penafsiran kata-kata sulit, kami bersandar pada “Lisaanul Arab” dan “Tafsir at-Thobary.”

Dalam kita ini, tidaklah kami membahas tentang taman dan api (jannah dan naar) di dunia seperti yang terdapat di dalam surah Al-Qalam;

Sesungguhnya Kami telah menguji mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah menguji pemilik-pemilik kebun.” (QS. Qalam: 17)

Dan dalam surah Al-Waqiah, ayat 71;

Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dari gosok-gosokan kayu…).”

Tetapi yang kami maksudkan ialah syurga dan neraka sebagai pembalasan di hari akhir yang akan dialami setelah mati.

Dalam mengetengahkan bab khusus tentang perjalanan ahli syurga dan ahli neraka, tidaklah diperlukan keterangan tambahan, melainkan cukup dengan mengetengahkan ayat dan penafsirannya secara berurutan, kerana adanya hubungan antara erti umum dan penjelasannya.

Disampaikan juga sebahagian riwayat dan kisah tentang syurga dan neraka tidak berasal dari hadis Nabi melainkan dinisbatkan kepada penghuninya. Memang tidak ada salahnya melukiskan dan menggambarkan secara konkrit alam syurga dan neraka, demi tercapainya maksud dna tujuan, kerana hal itu akan lebih mudah diterima oleh akan dan tiada ada larangan (aturan) dalam hukum fiqh, bahkan gambaran, ilustrasi dengan sastera lebih bisa menarik dan mudah diterima.

Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb

Posted in buku,fikrah,Islam,realiti,syed qutb,tajdid oleh Abu Hassan di 4 April 2007

Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb

Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubun-ubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa-apa “nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru – dengan secara beransur-ansur – dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

Demikian juga halnya di negara-negara blok Timur itu sendiri. Teori-teori yang bercorak kolektif, terutamanya Marxisme yang telah berhasil menarik perhatian sebahagian besar umat manusia di negara-negara blok Timur itu – dan malah di negara-negara blok Barat juga – dengan sifatnya sebagai suatu isme yang memakai cap akidah juga telah mulai mundur teratur sekali dari segi ‘teori’ hingga hampirlah sekarang ini lingkungannya terbatas di dalam soal-soal ‘sistem kenegaraan’ sahaja dan sudah menyeleweng begitu jauh dari dasar isme yang asal dasar-dasar pokok yang pada umumnya bertentangan dengan fitrah umat manusia dan tidak mungkin berkembang kecuali di dalam masyarakat yang mundur, atau pun masyarakat yang begitu lama menderita di bawah tekanan sistem pemerintahan diktator. Hatta di dalam masyarakat seperti itu sendiri pun – telah mulai nampak kegagalan di bidang benda dan ekonomi; iaitu bidang yang paling dibanggakan oleh sistem itu sendiri. Lihat sahaja Russia, negara model dari sistem kolektif itu, telah mulai diancam bahaya kebuluran yang hampir sama dengan keadaan di zaman Tzar dahulu; hingga negara itu telah terpaksa mengimpot gandum dan bahan-bahan makanan serta menjual emas simpanannya untuk membeli bahan makanan itu. Ini berpunca daripada kegagalan sistem pertanian kolektif dan sistem ekonomi yang bertentangan dengan fitrah umat manusia.

Oleh itu, maka umat manusia mestilah diberikan pimpinan baru!

(more…)

Islam Masa Kini, S. Abul A’la Maududi

Posted in buku,fikrah,Islam,Maududi,realiti oleh Abu Hassan di 4 April 2007

Islam Masa Kini, S. Abul Ala Maududi, A.S Noordeen, Kuala Lumpur

Saya berhasrat untuk mengajak saudara bersama-sama melihat beberapa penelitian saya terhadap “Islam masa kini”. Sebelum meneruskan pengupasan terhadap perkara yang hendak dibincangkan, saya rasa perlu untuk menyentuh tentang kepentingan dan ruang lingkupnya; mengtakrifkan sesuatu yang benar-benar mempunyai kaitan dengannya dan menunjukkan apa-apa yang di luar lingkungannya.

BENTUK PERMASALAHAN

Dalam istilah Bahasa Inggeris, yakni rangkaikata yang difahami di Barat, “Islam Masa Kini” diertikan sama dengan orang-orang Muslim hari ini. Kebanyakan orang-orang bukan Islam di Barat beranggapan bahawa “Islam” dan “orang-orang Islam” adalah serupa dan kedua-dua istilah itu saling boleh bertukar ganti. Mereka menggunakan perkataan “Islam” di tempat yang sepatutnya digunakan perkataan “orang-orang Islam” dan begitu juga sebaliknya. Kerana itu kita mestilah jelas dari awal-awal lagi bahawan “Islam Masa Kini” tidaklah mencerminkan keadaan semasa (sebenar) Umat Islam. Ianya juga tidak bererti Islam di masa ini, kerana Islam adalah kebenaran yang kekal abadi yang tidak akan berubah mengikut peredaran amsa, maka kerana itu ia tidak boleh berbeza dalam mana-mana zaman atau pada mana-mana jangka masa. Contohnya, hakikat bahawa alam ini mempunyai Satu Pencipta serta Penguasa yang tidak berkongsi kekuasaanNya adalah suatu kebenaran beribu-ribu juta tahun yang lampau sama seperti ianya benar pada hari nii, dan juga ianya tetap benar pada satu juta tahun yang akan datang. Begitu juga ia adalah suatu kebenaran Ilahiah bahawa kewajibapn setiap makhluk Allah di alam ini aialah menyembah dan mentaati Allah. Peredaran masa tidak ada pengaruh ke atas kebenaran mutlak ini. Realiti tidak dipengaruhi oleh ruang dan masa: ianya abadi dan tidak boleh berubah. Kerana itu masa yang lalu, kini dan akan datang, semalam, hari ini dan besok merupakan konsep yang tidak ada kaitan dengan Islam – satu jelmaan kebenaran Rabbani. Dari itu kita merasakan ada dua kemungkinan mengenai pengertian tajuk perbincangan kita ini.

  • Pertama: Bagaimanakah tindakan orang-orang Islam terhadap Islam masa kini? Apakah sikap orang-orang Islam hari ini terhadap Islam? Sejauh manakah kehidupan mereka ditentukan atau dipengaruhi oleh Islam?
  • Kedua: Adakah mungkin bagi dunia hari ini mengambil atau mengamalkan Islam? Jika demikian, bagaimana? Atau barangkali, pentafsiran yang lebih tepat mengenai tajuk perbincangan ini aialah: ADAKAH ISLAM KESELURUHANNYA BOLEH DIPRAKTIKKAN HARI INI?

Dalam lingkungan dua persoalan di atas inilah saya akan membincangkan perkara ini satu persatu.

(more…)

The Purpose of CREATION, Dr Ameena Bilal Phillips

Posted in books,creation,faith oleh Abu Hassan di 4 April 2007

The Purpose of CREATION, Dr. Abu Ameena Bilal Philips, Dar Al Fatah, U.A.E. 1995

Introduction

The purpose of creation is a topic that puzzles every human being at some point in his or her lifetime. Everybody at some time or another asks themselves the question “Why do I exist?” or “For what purpose am I here on earth?”

The variety and complexity of the intricate systems which constitute the fabric of both human beings and the world in which they exist indicate that there must have been a Supreme Being who created them. Design indicates a designer. When human beings come across footprints on a beach, they immediately conclude that a human being had walked by there some time previously. No one imagines that the waves from the sea settled in the sand and by chance produced a depression looking exactly like human footprints. Nor do humans instinctively conclude that they were brought into existence without a purpose. Since purposeful action is a natural product of human intelligence, humans conclude that the Supreme Intelligent Being who created them must have done so for a specific purpose. Therefore, human beings need to know the purpose for their existence in order to make sense of this life and to do what is ultimately beneficial for them.

Throughout the ages, however, there has been a minority among humans who have denied the existence of God. Matter, in their opinion, is eternal and mankind is merely a chance product of accidental combinations of its elements. Consequently, to them, the question “Why did God create man?” had and still has no answer. According to them, there simply is no purpose to existence. However, the vast majority of humankind over the ages have believed and continue to believe in the existence of a Supreme Being who created this world with a purpose. For them it was, and still is, important to know about the Creator and the purpose for which He created human beings.

The book can be purchased online at Online Islamic Store


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.